Monday, October 3, 2011

Rezeki

Kata orang rezeki itu kerja tuhan. Aku iyakan.

Jumaat lepas, aku  patah hati lagi. Patah hati dan kecewa. Patah hati aku faham tapi kenapa kecewa aku tak pasti. Mungkin jeles sebab dia ber-uwang dan aku tidak. Ditambah dengan status Yang Berhormat aku sekarang. Mungkin sebab itu. TAPI terima kasih kepada En.Muflikun drama aku tak lama, petik jari aku kembali ke realiti. 

"Bia la beliau kaya. Rezeki dia". 

Aku macam ada rasa ayat seterus beliau "kau pun bole kaya apa.usahakanjela." kerana tidak mahu dilabel malas maka aku pun terus "memang terbaikla Muflikuunnnnnn!!". Plastik bukan?

Dalam minggu lepas jua, aku mendapat tahu James Lee sudah 2 minggu meninggal dunia selepas 3 bulan menjadi Muhammad Hasif Lee. James Lee yang aku kenal 3 tahun lepas, yang aku doa-doakan jadi kepunyaan aku mutlak, dah tak ada..terdiamkan?

Kata orang, rezeki itu ibarat air. Ia turun dari tempat yang tinggi, mengalir ke tanah yang rendah dan luas.  Hidup subur tanah menjadi kaya. Rezeki tuhan, turunnya pada orang yang rendah hatinya, luas fikirannya. Kerana sifat begitu, dia jadi disenangi dan diperlukan. Rezeki melata bukan? Logik.

Dengan iman dan ilmu yang ada di dada, aku berani kata rezeki itu pemberian tuhan, diberi berbeza-beza sebagai ujian, sebagai balasan. Bukanke seharusnya aku mencuba untuk menjadi lebih baik dan berharap mendapat kaya seperti dia satu hari nanti? Bersyukur terlahir Islam dan berusaha untuk menjadi lebih Islam? Mencari rezeki? 


 
Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan menyempitkan (rezeki itu) baginya sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu


Some people are born with it. In Hasif's case, search years to find it. Last week struck me hard. There are some things in this world that you can't change, can't have, won't have without god permission. Things you didn't decide or plan to be at your own will is a given. The next time things didn't go my way, i'd like to think of it this way; its not that god hate me, or too busy to be answering my prayers, Hes prolly just got other plans for me.though i would really appreciate it if He could let me know sooner. Long story made short, USAHA!



No comments: